Expired : 18.06.18

Ketua Menteri Melaka Saran Jawatankuasa Masjid Guna Kutipan Umum Masjid Bantu Anak Kariah


Oleh : IBNU JANIE


MELAKA : Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Sulaiman Md Ali menyarankan agar masjid-masjid di negeri Melaka ini yang memiliki dana dari sumbangan tabung khairat agar menggunakan dana itu untuk membantu anak kariah masing-masing yang kesempitan ketika berdepan COVID-19. Beliau menyatakan perkara ini di dalam satu hantaran facebook beliau beberapa jam tadi.


Selain itu Sulaiman turut menyertakan sekali salinanĀ  gambar sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka yang bertajuk ‘Keharusan Menggunakan Kutipan Umum Tabung Khairat Masjid Untuk Membantu Anak Kariah Yang Memerlukan’ – Pekeliling Jabatan Mufti Negeri Melaka Bil 4-2020.


Isi surat tersebut menyatakan :


“Harus bagi masjid-masjid di Negeri Melaka mengeluarkan sebahagian daripada kutipan umum tabung masjid untuk digunakan bagi membantu anak kariah yang menghadapi kesempitan hidup dalam keadaan sekarang dengan syarat kutipan itu bukan dari tabung yang telah dikhaskan seperti wakaf masjid, pembinaan masjid, anak yatim dan sebagainya. Sumbangan yang dikeluarkan tertakluk kepada kemampuan masjid.”


#stayhome

#MelakaGegauCOVID19



The post Ketua Menteri Melaka Saran Jawatankuasa Masjid Guna Kutipan Umum Masjid Bantu Anak Kariah appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).