Expired : 18.06.18

Ketuanan Melayu tidak pernah perhambakan bangsa lain


BANGI, 14 Zulhijjah 1440H, Khamis – Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni menolak dakwaan kononnya bangsa lain menjadi hamba apabila ketuanan Melayu terus dipertahankan.


Beliau berkata, ketuanan Melayu bukan bermaksud Melayu menjadi tuan, manakala bangsa lain menjadi hamba kepada Melayu.


Katanya, ketuanan Melayu adalah identiti negara berdasarkan satu proses yang panjang, di mana negeri Melayu adalah negeri-negeri yang telah ditubuhkan sejak kurun pertama berdasarkan sejarah negeri Kedah.


“Negeri-negeri Melayu ditubuhkan bermula dengan kerajaan Kedah Tua, kerajaan Melaka, kerajaan Terengganu dan sebagainya.


“Daripada fakta sejarah itu, kita kena faham bahawa Melayu adalah bangsa yang telah membangunkan negara ini, iaitu satu sempadan yang cukup luas,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan Acheh dan Pattani juga adalah antara yang tersenarai dalam kerajaan-kerajaan Melayu.


Mengulas lanjut, Ustaz Fauzi berkata, bangsa Melayu telah mula membangunkan tanah air dari segi ketamadunan, kemajuan, kenegaraan dan kebudayaan sebelum masuknya zaman penjajahan.


Katanya, walaupun wujud campur tangan Barat dalam urus tadbir tanah Melayu ketika zaman penjajahan Portugis dan British, namun Tanah Melayu pada masa itu masih lagi mengekalkan identiti Melayu.


Namun, katanya, segalanya berubah sekelip mata apabila British membawa masuk bangsa-bangsa lain untuk bekerja di Tanah Melayu dan akhirnya rakyat kita merdeka dengan pencampuran kaum-laum lain, yang majoritinya Melayu, Cina dan India.


“Maka disitu timbul isu berkenaan identiti negara tetapi, akhirnya Perlembagaan 1948 dan Perlembagaan 1957 meletakkan beberapa fakta menunjukkan negara ini masih mengekalkan identiti Melayu.


“Walaupun Tanah Melayu telah ditukar kepada Malaysia, tetapi asasnya ialah Melayu,” katanya.


The post Ketuanan Melayu tidak pernah perhambakan bangsa lain appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop