v Khabar PAS Kawasan Dari Selangor – Kenyataan Media Muafakat Nasional Gombak
Expired : 18.06.18

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor – Kenyataan Media Muafakat Nasional Gombak

YBhg Ust Salehuddin Mohd Nasir
YDP PAS Kawasan Gombak

YBhg Dato’ Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din
Ketua UMNO Bahagian Gombak

YB Mohamad Sabu Jangan Biadap

Muafakat Nasional Gombak mengecam keras kebiadapan dan keceluparan Presiden Parti Amanah, YB Mohamad Sabu yang menggelarkan Rasulullah SAW sebagai pelarian dalam sesi perbahasan di Parlimen pada hari semalam.

Gelaran yang diberikan kepada Rasulullah SAW merupakan suatu penghinaan kepada Baginda SAW. YB Mohamad Sabu perlu sedar bahawa perpindahan Baginda SAW dari Makkah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah adalah perintah Allah SWT dan merupakan peristiwa besar yang membawa kepada perkembangan dan kemenangan dakwah Islam yang dibawa oleh Baginda SAW.

YB Mohamad Sabu juga perlu sedar bahawa penerimaan penduduk Madinah Al-Munawarrah terhadap kedatangan Baginda SAW adalah atas sifat nya sebagai Rasulullah dan pemimpin kepada Umat Islam, bukannya sebagai pelarian seperti yang telah diungkapkan.

Sehubungan itu, Muafakat Nasional Gombak mendesak YB Mohamad Sabu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh Umat Islam atas penghinaan beliau terhadap Baginda SAW.

07 Zulhijjah 1441H | 28 Julai 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan

#MuafakatNasionalGombak

#PASGombak

#UMNOGombak

The post Khabar PAS Kawasan Dari Selangor – Kenyataan Media Muafakat Nasional Gombak appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).