Expired : 18.06.18

Khusyuk Doa, 3 Minit Tunggu Nak Salam, Ingatkan Bangla Solat, Rupanya Abg Pujaan Hati Kanda.

Sebelum ini, ada beberapa kenyataan mengatakan pelakon Remy Ishak tidak pernah meninggalkan solat walaupun sibuk dengan penggambaran drama dan filem.


Terbaru, perkara itu terbukti apabila seorang pengguna laman sos1al Twitter ada memuat naik sebuah posting ketika pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu menunaikan solat.


Menurut Afiq, dia yang mengimamkan waktu solat berkenaan di sebuah surau pusat beli belah di Kuala Lumpur itu menyangka pemuda tersebut merupakan seorang warga Bangladesh.



“Well tadi i imamkan Remy Ishak you all. Seriously i thought he was just a random bangla joins me ‘bersolat’ together lol i’m sorry bro,” tulisnya.


Aku terpandang la makmum sorang ni…



Tambah Afiq, dia terpaksa menunggu selama beberapa minit untuk bersalaman (antara makmum) kerana ingin menghormati pelakon itu sedang khusyuk berdoa.


Tak ‘jakun’ jumpa artis, cuma nak kongsi dengan peminat je!



Masa tunggu grab pun, terserempak lagi…


Jadual kerja yang padat bagi seorang selebriti bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan sebagai alasan sehinggakan tiada masa untuk mendirikan solat. Ramai Saja artis yang menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada para peminat mereka secara langsung mahupun tidak langsung.


Sebagai contoh sebelum ini penyanyi Haqiem Rusli yang dipuji mendirikan solat di belakang pentas sebaik saja tamat persembahan. Terbaru, pelakon yang terkenal dengan gelaran ‘Tall, Dark & Handsome’ iaitu Remy Ishak pula mendapat pujian net1zen kerana sikapnya yang mengutamakan solat ketika menjalani penggambaran sebuah drama.



Perkongsian oleh pengguna Twitter itu mendapat perhatian net1zen dan peminat yang memuji sikap pelakon itu. Seorang net1zen turut memberitahu Remy juga seorang yang rajin menunaikan solat di masjid dan tidak sombong untuk menegur jemaah lain.



Seperti biasa, pasti ramai wanita meninggalkan komen memuji pelakon itu dengan mengatakan inilah lelaki idaman wanita dan sangat beruntung wanita yang memiliki Remy sebagai suami. Apa pun tidak kira siapa pun kita, tiada alasan untuk seorang Muslim meninggalkan solat.


Sikap Remy ini sekaligus dapat dijadikan contoh buat anak muda di luar sana untuk utamakan solat walau dimana berada. Remy Ishak yang dilahirkan di Melaka mula diperkenalkan ke industri perfileman Malaysia oleh pengarah Osman Ali pada tahun 2006. Remy meraih kemasyhuran menerusi drama fenomena Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2009.


Remy juga terkenal dengan hasil kerjanya di televisyen termasuk Cinta Jangan Pergi, Cik Serba Tahu dan Kekasih Paksa Rela. Antara filem-filem terkenal beliau ialah Anak Halal (2007), Evolusi KL Drift 2 (2010), Jiwa Taiko dan Hantu Kapcai (2012), dan Kau Takdirku (2017).


Sepanjang kerjayanya, Remy telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon, termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia. Sebelum menjadi pelakon, Remy pernah bekerja di pasar pagi dengan menjual ikan dan ayam untuk membayar duit yuran persekolahan, menoreh getah, jadi kelindan lori, buruh kasar termasuklah membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan.


Pada tahun 2005, Remy mendapat peluang berlakon melalui filem cereka pertama pengarah muda Osman Ali yang berjudul Akuarium Cinta apabila Remy menghadiri ujibakat yang dikendalikan Osman. Seminggu kemudian, wakil Osman memaklumkan beliau terpilih berlakon dalam Akuarium Cinta sungguhpun dia tidak ada latar belakang seni.


Namun demikian filem tersebut masih terbantut pembikinannya hingga kini. Filem ini turut dibintangi aktres ternama Umie Aida dan aktres muda Raja Farah.


Zarina Zainuddin juga berkongsi sikap terpuji Remy Ishak.Bagi yang mengikuti Zarina Zainuddin di laman sos1al Instagram, pasti sering melihat beliau berkongsi kisah mengenai anak-anak istimewanya dengan pelbagai karenah.


Baru-baru ini, aktres berusia 49 tahun itu memuat naik posting apabila mengimbau kembali kenangan sewaktu melakukan sebuah penggambaraan drama bersama aktor Remy Ishak satu ketika dahulu.




Menurut beliau, Remy pernah mengusik anaknya Azal Azrai untuk dijadikan pembantu peribadi kepada hero drama Pujaan Hati Kanda itu namun ditolak oleh anaknya.



“Bila lihat gambar ni teringat kat @remyishak masa shooting drama satu hari Remy mengusik cakap kat Azal, awak kerja dengan abang Remy lah ya jadi PA abang..


“Azal senyum dan berkata heiii tapi Azal PA to Zarina Zainuddin only. Terus tersenyum Remy untung akak ada anak syurga katanya.


“Azal seorang anak yang jujur dan baik dia selalu mengalah untuk adik abangnya dia pandai bawa diri dia walau kemana dia pergi.



Tambah Zarina, anaknya yang berusia 23 tahun itu gemar menghafal nama-nama individu popular serta turut memuji sikap aktor tersebut yang merendah diri.


“Untuk yang tak kenal azal memang suka orang orang popular dan hafal semua nama2 model pelakon termasuklah ahli politik. #gambarkenangandiexposingapore. Thanks to remy ishak yang selalu humble 
</div>
<script async src=
Norlida Ishak Shop