Expired : 18.06.18

Kim Swee 'singkir' Safawi, Akhyar

KUALA LUMPUR: Nama pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (Liga M) 2018, Safawi Rasid dan Penyerang Terbaik, Akhyar Rashid tidak tersenarai dalam 25 pemain yang akan menyertai kem latihan pusat skuad bawah 22 (B-22) tahun bermula pada 9 Januari ini.


Kem latihan pusat itu sebagai persiapan awal skuad muda negara bagi menghadapi kempen kelayakan Kejohanan B-23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 yang akan berlangsung dari 22 hingga 26 Mac ini.


Ketiada dua bintang muda itu agak mengejutkan, namun pengendalinya Datuk Ong Kim Swee mempunyai alasan tersendiri tidak menyenaraikan mereka bersama beberapa pemain lain termasuk Syahmi Safari, Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan untuk menyertai kem kali ini.


Kim Swee ketika dihubungi Sukan NSTP hari ini menjelaskan tindakannya tidak menyenaraikan barisan pemain berkenaan adalah bagi memberi ruang untuk menguji pemain baharu dalam usaha memantapkan lagi skuad itu.


"Bagus untuk saya mencuba pemain baru dan yang pernah menyertai skuad pada Kejohanan B-21 Piala Newspaper 2018 di Vietnam, bulan lalu kerana pada kejohanan itu saya kurang berpuas hati," kata Kim Swee.


"Jadi saya akan cuba pemain lain termasuk yang beraksi pada kejohanan itu bagi menilai kemampuan sebenar mereka terutama di bahagian pertahanan.


"Kalau kita tengok senarai itu pun ramai pemain pertahanan, sebab kita kurang pemain pertahanan sekarang ini. Jadi saya fikir tak usahlah kita panggil pemain yang kita sudah tahu kebolehan mereka seperti Safawi, Akhyar dan Syamer Kutty.


"Lebih baik kita cuba pemain baru sebab Mac nanti baru kita panggil mereka. Pemain yang kita bawa ke Vietnam dan ada yang kita gugurkan mereka sebelum ini juga saya masih beri peluang kepada mereka kali ini untuk buktikan kemapuan."


Anak buah Kim Swee akan berlepas ke Bangkok, Thailand pada 13 Januari ini untuk kem latihan pusat dan menghadapi perlawanan persahabatan di sana selama enam hari sebelum pulang ke tanah air pada 19 Januari.


Senarai 25 pemain ke kem latihan pusat skuad B-22


Daniel Amier Norhisham (FELDA United)


Muhammad Zahril Azri (FELDA United)


Muhammad Azri Ab Ghani (FELDA United) 


Azarul Nazarith ( FELDA United) 


Mohamad Hariz Kamarudin (JDT II)


Mohd Fazrul Daniel Mohd Nizam (Kedah) 


Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan)


Muhammad Daniel Haqim Draman (Kelantan) 


Mohamad Sharul Nizam Ros Hasni (Kelantan)


Muhammad Syaiful Alias (Kelantan)


Afiq Saluddin (Kelantan) 


Muhd Juzaerul Jasmi (Kelantan)


Muhammad Danish Haziq Saipul Hisham (Negeri Sembilan) 


Kogileswaran Raj (Pahang)


Mohd Faisal Abdul Halim (Pahang) 


Muhammad Nazirul Afif Ibrahim (Perak)


Damien Lim Chien Khai (PKNS)


Ariff Ar Rasyid Ariffin (PKNS)


Muhammad Jafri Chew (PKNS)


Ariusdius Jais (Sabah)


Evan Wensley Wenceslaus (Sabah)


Jordon Ollerenshaw (Sabah) 


Muhammad Amirul Haziq Rasmizal (Selangor) 


Muhammad Izzan Syahmi Mustapa (Terengganu) 


Khatul Anuar Md Jalil (Kuala Lumpur)


Norlida Ishak Shop