Expired : 18.06.18

Kini Bergelar Duda, Boy Iman Dan Isteri Sah Bercerai Talak Tiga

Tidak mahu terus berselindung dan berpura-pura dengan orang ramai, Datuk Boy Iman mengakui dia sudah sah becerai dengan isterinya, Kumala Dewi Anas pada April tahun lalu dan mereka sudah jatuh tiga talak.


boy iman bercerai


Menurut Boy, dia dan isteri sebelum ini pernah bercerai sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2015 dan 2017, namun  kerana masih ada perasaan cinta dan sayang, mereka mengambil keputusan untuk kembali rujuk sebelum tempoh edah tamat.


Selama ini dia merahsiakan perceraiannya kerana begitu terkesan dengan perpisahan tersebut. Mahligai perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tujuh tahun sahaja.


boy iman sahkan sudah berceraiboy iman ceraiPada masa yang sama, Boy tidak menafikan punca rumah tangganya musnah adalah disebabkan masalah kewangan dan perniagaannya yang kini merundum.


boy iman


Boy dan Kumala mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Norul Emmer.


Sumber Berita : mStar Online


Norlida Ishak Shop