Expired : 18.06.18

Kit Siang kecewa, kerajaan 'dipaksa' tarik balik Statut Rom

Tun Dr Mahathir semalam mengumumkan kerajaan menarik balik keputusan untuk meratifikasi Statut Rom. — Foto oleh Firdaus Latif
Tun Dr Mahathir semalam mengumumkan kerajaan menarik balik keputusan untuk meratifikasi Statut Rom. — Foto oleh Firdaus Latif

KUALA LUMPUR, 6 April — Lim Kit Siang kecewa keputusan kerajaan menarik balik ratifikasi Statut Rom.


Penasihat DAP berkata apa yang diputuskan kerajaan “bukan kemahuan mereka” sebagaimana yang berlaku sebelum ini, lapor Sinar Harian.


“Sangat rasa kecewa tetapi kita perlu kaji sangat jelas bahawa perdana menteri sendiri dan kabinet yang buat keputusan semalam sebulat suara bukan kemahuan mereka.

“Mereka rasa dipaksa oleh keadaan dan ini bukan kali yang pertama. ICERD pun ada berlaku,” katanya.


Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rom berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat.


Perdana menteri berkata Malaysia yang menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom pada 4 Mac boleh menarik balik surat cara itu sebelum Jun tahun ini.


Norlida Ishak Shop