Expired : 18.06.18

Kita bantu ‘frontliner’ dengan duduk di rumah

BANGI, 29 Rejab 1441H, Selasa – Duduk di rumah atau ‘stay at home’ adalah pengorbanan wajib yang perlu dilakukan oleh seluruh rakyat tanpa kompromi untuk membantu mengekang penularan pandemik COVID-19 ketika ini.


Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, langkah ini diambil atas kemaslahatan rakyat bertepatan dengan kaedah Feqah “الضرر يدفع بقدر الامكان  “Kemudaratan perlu dibendung semampu mungkin”. 


“Duduk di rumah atau ‘stay at home’, hanya tiga perkataan tetapi membawa impak yang besar, bukan pilihan tapi keperluan dan arahan.


“Sekurang-kurangnya dengan duduk di rumah kita telah membantu pasukan perubatan dan keselamatan sebagai pasukan barisan hadapan atau ‘frontliner’ yang bertungkus-lumus tanpa rehat, tidur tidak menentu, makan dan minum tidak terurus demi mencegah rantaian penularan wabak ini. 


“Kita ringankan bebanan mereka dengan duduk di rumah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, menurut Agence France-Presse (AFP), kira-kira 500 juta orang terbabit dalam langkah kawalan pergerakan di seluruh dunia berikutan COVID-19 yang bermula di China dan dikuatkuasakan di negara-negara lain seperti Itali sejak 10 Mac, Sepanyol (14 Mac), Lebanon (15 Mac), Republik Czech (16 Mac), Perancis, Israel dan Venezuela (17 Mac) dan Belgium (18 Mac). 


Di Malaysia, setelah beberapa hari dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), natijahnya mengecewakan, malah tahap kepatuhan juga merisaukan, katanya.


Namun, bermula 22 Mac, kerajaan telah bersetuju melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditugaskan membantu polis bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan. 


“Alhamdulillah setelah dua hari dilaksanakan tampak keberkesanannya. Ada sesetengah pihak yang mempertikaikan tentera dilibatkan dalam PKP atas alasan bukannya keperluan dan akan menimbulkan panik serta kerisauaan melampau bahkan ada yang menyifatkan kerahan tersebut tidak masuk akal. 


“Apapun kritikan yang dilontarkan, kajian telah dibuat dan menjadi keutamaan kerajaan memastikan rakyat mematuhi PKP bagi mengekang dan mem,” katanya.


Justeru, neliau berkata, ketika ini tiada yang lebih penting selain bersatu dan menolak perbezaan yang timbul berkaitan dengan COVID-19 demi kesejahteraan dan kemaslahatan bersama.


“… dan yakinlah pertolongan Allah bersama kesatuan,” katanya.


The post Kita bantu ‘frontliner’ dengan duduk di rumah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.