Expired : 18.06.18

Kita yang diberikan al-Quran sebelum iman…

Muhammad Luqman Makhtar

Aduh, sentap!”


Ibn Umar pernah berkata, “Sesungguhnya kami telah lama hidup. Dahulu kami diberikan iman sebelum al-Quran. Maka tatkala diturunkan satu surah kepada Muhammad, kamipun mempelajari halal haramnya, suruhan dan tegahannya dan apa yang harus kami fikir-fikirkan.


Kini aku menyaksikan ramai yang diberikan al-Quran sebelum iman. Dia membaca kesemua yang terkandung antara surah pembuka hingga surah penutup, tetapi dia tidak tahu apa-apa pun yang ada di antara permulaan kitab (Al-Quran) hingga ke akhirnya.


Dia tidak tahu apa yang disuruh, apa yang ditegah dan apa apa yang harus dia fikir-fikirkan…. Mereka hanya membacanya begitu sahaja (tanpa memahami dan beramal dengannya).” (Sunan al-Baihaqi)


Jom azam dan usaha untuk tambahkan kefahaman tentang al-Quran pada Ramadan kali ini.


sumber; Muhammad Luqman Makhtar


Norlida Ishak Shop