Expired : 18.06.18

KKM nafi kenakan caj pemeriksaan kesihatan sehingga RM100


BANGI, 28 Rabiulakhir 1440H, Sabtu – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan yang tular baru-baru ini, mengenai caj pemeriksaan kesihatan pelajar bagi memasuki sekolah selain daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dalam satu kenyataan hari ini berkata, sehingga kini, kementeriannya memberi pengecualian kepada calon yang akan memasuki Sekolah Asrama Penuh Kerajaan dengan bayaran pemeriksaan sebanyak RM1.

Beliau berkata, ia merangkumi sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan atau mana-mana sekolah di bawah jabatan kerajaan yang lain, termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Maktab Tentera DiRaja dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri.

“Bagi pelajar sekolah swasta, caj pemeriksaan kesihatan akan dikenakan sepertimana orang awam iaitu sebanyak RM100 yang merangkumi pakej asas iaitu pemeriksaan fizikal, dan urine FEME selaras x-ray dengan Perintah Fi (Perubatan) 1982,” katanya.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook mendakwa perlu membayar caj RM111 untuk pemeriksaan anaknya yang akan memasuki ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian.

Menurut catatannya yang dimuat naik, beliau dimaklumkan bahawa pengurusan hospital yang dilawatinya mendakwa bahawa caj berkenaan adalah dasar kerajaan baharu.


The post KKM nafi kenakan caj pemeriksaan kesihatan sehingga RM100 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop