Expired : 18.06.18

Klinik swasta ancam ‘mogok’ desak naikkan kos rawatan

BEBERAPA klinik swasta di seluruh negara dijadualkan ditutup hari ini sebagai bantahan terhadap keengganan kerajaan untuk menaikkan yuran rawatan sejak 27 tahun lalu.


Doktor klinik swasta yang melancarkan “mogok” itu akan membawa keluhan mereka kepada Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dalam perjumpaan di Putrajaya petang nanti, lapor FMT.


Kementerian Kesihatan mengesahkan sesi “town hall” itu akan berlangsung pada 2 petang.


Bantahan doktor klinik swasta berpunca keengganan Kabinet menaikkan yuran konsultasi daripada RM10 kepada RM35


Kenaikan itu disifatkan amat kecil berbanding kadar RM35 sehingga RM125 yang dikenakan hospital swasta.


“Mogok” sehari oleh doktor swasta bermakna mereka akan menutup klinik hari ini untuk menghadiri perjumpaan dengan Dzulkefly. Meöreka tidak akan mengupah doktor pengganti seperti lazimnya.


Notis menggesa klinik swasta menyertai bantahan itu tular di media sosial.


Laman web Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial memetik Dr Yek Sing Chee dari Ipoh sebagai berkata, beliau memberikan notis awal kepada pesakitnya mengenai penutupan klinik hari ini.


Beliau bercadang menghadiri sesi “town hall” dengan Dzulkefly bersama puluhan doktor lain dari Ipoh yang senasib dengannya.


“Kami mahu menyuarakan rasa kesal kami terhadap Kementerian Kesihatan yang berlaku tidak adil terhadap pengamal perubatan seperti kami,” kata beliau.


Di Alor Setar, Dr Tan Poh Teng dipetik berkata, beliau tidak akan menghadiri perjumpaan itu, namun akan menutup kliniknya untuk membantah kadar rendah bayaran konsultasi yang dibenarkan kerajaan.


Tan berkata, klinik swasta menanggung kos pengurusan tinggi dengan gaji pembantu klinik naik 3 kali ganda dalam tempoh 20 tahun, iaitu RM300 kepada RM1,200 sebulan.


Kos insurans untuk pengamal perubatan dan membuang sisa perubatan juga melambung, kata beliau.


The post Klinik swasta ancam ‘mogok’ desak naikkan kos rawatan appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop