Expired : 18.06.18

Klopp layan Frankfurt Motor Show

KETIKA pemainnya sibuk menjalankan tugasan perlawanan antarabangsa, bos Liverpool Jurgen Klopp memilih kembali ke negara asalnya, Jerman untuk merasai pengalaman berada di Frankfurt Motor Show.


Klopp yang juga duta untuk jenama Opel atau Vaxuhall seperti dijenamakan di United Kingdom (UK), turut membantu syarikat terbabit memperkenalkan kenderaan elektrik terbaru mereka, Corsa-e.


Pengendali Jerman itu kerap dilihat memandu kereta Opel Insignia ke padang latihan Liverpool di Melwood.


Keretanya berharga £20,000 (RM103,000) dan lebih rendah berbanding kebanyakan pemain berstatus bintang di kelabnya itu.


Pertunjukkan kereta itu mengumpulkan banyak pengeluar kereta terkenal yang mempamerkan inovasi serta teknologi terbaru mereka.


Selepas ini Klopp akan mengalih perhatian membantu Liverpool mengekalkan permulaan cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Newcastle.


Liverpool masih belum tewas, mengalahkan Norwich, Arsenal, Southampton dan Burnley untuk meraih 12 mata selepas empat perlawanan.


Liverpool berada di tangga teratas liga, dua mata di hadapan juara bertahan, Manchester City.


Norlida Ishak Shop