Expired : 18.06.18

Koleksi Supreme x Jean Paul Gaultier Akan Dijual Esok Di Jepun

Semalam secara rasminya Supreme telah menjual koleksi terbarunya termasuklah edisi kolaborasi khas bersama pereka fesyen ternama dari Perancis, Jean Paul Gaultier.


Setiap rekaan dalam koleksi ini sangat ‘meriah’ kerana pemilihan corak, warna dan rekaannya yang sangat unik selari dengan hala tuju jenama Jean Paul Gaultier. Paling menarik perhatian dalam koleksi Supreme x Jean Paul Gaultier ini adalah beg yang boleh bertukar menjadi jaket, kot bulu dengan corak plaids dan semestinya rekaan kasut khas Vans x Supreme x Jean Paul Gaultier.







Koleksi ini telah dilancarkan di semua butik Supreme di Amerika Syarikat dan juga Eropah semalam. Seperti biasa, ianya telah sold out pada hari pertama ianya dilancarkan. Tetapi anda masih mempunyai peluang untuk cuba membeli koleksi ini jika anda berada di Jepun esok.


Ini kerana setiap barangan baharu Supreme hanya akan dilancarkan setiap hari Sabtu dan tips untuk anda membeli barangan Supreme di Jepun boleh dibaca di sini. Peminat setia Vans pasti sukakan rekaan kolaborasi ini. Semoga berjaya jika anda antara yang beratur esok.


Norlida Ishak Shop