Expired : 18.06.18

Kompleks Tarbiyah Perlu Dana RM 3 Juta Lagi Untuk Pembinaan


Kompleks Tarbiyah Perlu Dana RM 3 Juta Lagi Untuk Pembinaan


Oleh : SHAWAL AHMAD (WARM)


KOTA MELAKA : Pembinaan Kompleks Tarbiyah Kota Melaka (KTKM) iaitu pusat pentadbiran, Sekolah Rendah Islam (SRI), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Surau, Maahad Tahfiz, Gelanggang Futsal, tarbiyah dan Dewan berhimpun PAS Kawasan Kota Melaka, sudah bermula dengan kerja-kerja mengukur sempadan, meratakan tanah dan penyediaan tapak.







Pengerusi KTKM, Ustaz Rosazli Md Yasin berkata, kompleks yang terletak di Alai itu terbahagi kepada dua fasa iaitu mengandungi Fasa 1 : Bangunan (Maahad Tahfiz dan Markaz PAS) yang kos nya dianggarkan berjumlah RM 3 juta dan Fasa 2 : Infrastruktur yang kosnya berjumlah RM 700 ribu dimana jumlah keseluruhannya berjumlah dalam anggaran RM 3.7 juta.


Beliau yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan berkata, pada masa ini pembinaan akan ditumpukan kepada pembinaan Fasa 1 : Bangunan bernilai RM 3 juta berkeluasan 19,307 kaki persegi (kp) yang apabila siap mampu menempatkan lebih seribu orang pada satu-satu masa.


“Kerja-kerja akan dilaksanakan oleh kontraktor iaitu yang bakal dipilih secara tender terbuka yang akan menyiapkan kerja-kerja tanah (ground work) dan tapak sehingga aras lantai terlebih dulu yang bernilai RM 500 ribu dan dijangkakan siap Julai tahun depan” jelas beliau.


“Selepas itu akan disambung pula kerja-kerja memasang kerangka struktur besi bangunan yang menelan belanja RM1 juta dan dijangka siap Disember tahun depan.


“Kemudiannya kerja-kerja akhir menyiapkan bangunan dengan anggaran kos RM 1 juta. Akhirnya akan disempurnakan dengan kerja-kerja pendawaian elektrik, pendingin hawa dan bekalan air (MNE) dengan tambahan kos RM 500 ribu lagi,” katanya.


Menurutnya lagi, jika tiada aral melintang Fasa 1 : bangunan bernilai dalam RM 3 juta itu akan siap pada Mac 2021.


Rosazli dalam pada itu berkata, idea pembinaan Kompleks Kota Melaka dicetuskan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Abd Ghapar Abd Wahab kira-kira empat tahun lalu memandangkan kebanyakan PAS Kawasan-kawasan lain sudah memiliki kompleks sendiri sehingga boleh diadakan pelbagai aktiviti Kawasan.


“Kebetulan di Alai mempunyai tanah seluas 1.3 ekar yang berkedudukan amat strategik berhampiran jalan besar, jadi PAS Kawasan membuat keputusan untuk membelinya dengan harga RM300 ribu beserta kos tambakan tanah.


“Walau bagaimanapun, PAS Kawasan Kota Melaka masih amat memerlukan sumbangan dan infak daripada semua pihak bagi menjayakan cita-cita besar ini,” rayunya.


Bagi sesiapa yang sudi menghulur derma atau wakaf di samping mendapat pahala sedekah jariah, bolehlah memasukkan wang sumbangan ke akaun Maybank Islamik 5540 2627 7841 atas nama Kompleks Tarbiah Kota Melaka.


Sebarang kemusykilan boleh hubungi Pengerusi KTKM, Ustaz Rosazli di talian 019 339 1702 atau Bendahari KTKM, Mohd Salleh M. Haniff di talian 016 665 7953.


The post Kompleks Tarbiyah Perlu Dana RM 3 Juta Lagi Untuk Pembinaan appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop