Expired : 18.06.18

Kon Yeow patut fokus masalah negeri, bukan sibuk bantah BMF


BANGI, 11 Muharram 1441H, Rabu – Ketua Menteri Pulau Pinang patut fokus masalah nelayan yang tertindas dan terancam di negeri itu, bukannya sibuk ‘menghabiskan masa’ memberi komen negatif terhadap Kempen Beli Produk Muslim. 


Pengerusi UMMAH Pulau Pinang, Mohd Akhir Che Mat berkata, Chow Kon Yeow perlu tahu kempen yang ditolak kerajaan rasis Pakatan Harapan (PH) ini sebenarnya mendapat sokongan majoriti umat Islam. 


“Saya nasihatkan elok mereka fokus permasalahan rakyat yang lain terutama, janji-janji manifesto mereka yang belum dilunaskan. Jangan habiskan wang rakyat yang membayar gaji mereka tanpa berbuat apa-apa.


“Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang saya nasihatkan turun semula berjumpa hampir 5,000 nelayan yang tertindas dan terancam atas Projek PTMP dan PSR yang akan dibangunkan. Selesaikan itu dahulu, jangan habiskan masa mengulas ‘isu remeh yang tiada kesan’,” katanya.


Pemimpin parti tamak dan haloba, DAP itu dilaporkan berkata, kerajaan Pulau Pinang beranggapan kempen ‘Beli Produk Muslim Dahulu’ yang dilancarkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) di negeri itu Ahad lalu, sebagai tidak produktif dan meminta kempen itu dihentikan


Yon Keow berkata, kerajaan negeri tidak bercadang untuk campur tangan dalam kempen yang dianggap tidak baik untuk sistem ekonomi pelbagai bangsa dan keharmonian masyarakat.


Beliau turut menyifatkan kempen itu akan menjadi usaha yang sia-sia dan tidak produktif kepada ekonomi dan harus dibatalkan.


Tidak peduli pandangan negatif yang dilemparkan, Mohd Akhir memberitahu, setakat ini ramai rakyat menghubungi pihak mereka mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana kempen ini secara tidak langsung telah menurunkan harga barang tertentu di seluruh negara. 


“Cukaian SST yang dijanjikan harga barang akan turun tidak pula berlaku. Ramai usahawan teruja kerana peningkatan jualan yang mendadak secara tiba-tiba.


“Jadi, saya mohon semua menteri bertenang dan jangan fikirkan ‘buih-buih di laut’ yang tiada kesan. Rakyat Bumiputera Islam ingin hidup dalam barakah membeli barangan halal Muslim. 


“Tunggu 27 September 2019 untuk gerakan Kempen Belilah Barangan Muslim Peringkat Ke-2 di Pulau Pinang jika semuanya dapat diuruskan seperti di rancang,” katanya.


Ahad lalu, UMMAH memulakan kempen Beli Produk Muslim di Pulau Pinang dengan matlamat untuk menaikkan kuasa beli umat Islam di negeri itu dan pada masa yang sama membantu komuniti perniagaan Islam di negeri berkenaan.


Timbalan Pengerusi Kebangsaan UMMAH, Mohd Zai Mustafa berkata, Pulau Pinang dipilih kerana negeri itu mempunyai ekosistem perniagaan yang baik dan merupakan salah sebuah bandar terbesar di wilayah utara.


Kempen Beli Produk Muslim dilancarkan UMMAH bersama NGO lain bertujuan memberi galakan kepada ekonomi orang Islam selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan halal di seluruh negara.


The post Kon Yeow patut fokus masalah negeri, bukan sibuk bantah BMF appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop