v Kongsi Foto Berpelukan Mesra, Erin Dan Bekas Madu Da’i Farhan Berdamai
Expired : 18.06.18

Kongsi Foto Berpelukan Mesra, Erin Dan Bekas Madu Da’i Farhan Berdamai

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Dai’ Farhan pernah menjadi bualan hangat ramai apabila dia didakwa curang dan berkahwin dengan seorang janda anak lapan di Tanah Suci Makkah tanpa pengetahuan isteri pertamanya (kini bekas isteri).

isteri puji da'i farhan macho

Terbaru, isterinya Norainul Naqim atau lebih dikenali sebagai Erin menerusi akaun Instagramnya memuat naik  foto dia berjumpa dengan bekas isteri Farhan, iaitu Fatin Nurul Ain. Kedua-dua wanita itu saling berpelukan mesra dan ia telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen.

Erin bertemu bekas madu

bekas isteri da'i farhan dr erin bekas madu berbaik dr erin bekas madu

Erin berkata suaminya begitu matang menguruskan rumah tangga. Sebelum ini, wanita itu mengakui dia  seorang anti poligami dan lebih rela menjanda dari berkongsi suami. Namun, Farhan mampu mengubah persepsinya mengenai poligami.

Memaafkan itu sunnah

bekas isteri da'i farhan

Dalam pada itu, Fatin menerusi akaun Instagramnya berkata dia mahu menjadi seorang wanita yang lebih kuat dan tabah menghadapi segala dugaan. Oleh itu, dia memilih untuk memaafkan, enggan terus dibayangi kisah lalu.

Terdahulu, Farhan dan Fatin telah bercerai pada 3 Disember lalu dengan talak satu ketika wanita itu sedang sarat hamil anak kedua mereka. Lafaz talak dilakukan melalui rakaman suara aplikasi WhatsApp.

Sumber Berita : Media Hiburan