Expired : 18.06.18

Kongsi Gambar Bersama Wanita Tercinta Sempena Hari Ibu - Alahai Terharu Tengok Gambar Yang Alif Satar Kongsi




Badrul Hashim



Hiburan


Kongsi Gambar Bersama Wanita Tercinta Sempena Hari Ibu - Alahai Terharu Tengok Gambar Yang Alif Satar Kongsi
Tahun ini ketika seluruh umat Islam menyambut Nuzul Al-Quran, hari yang sama juga kita menyambut Hari Ibu.

Bukan sahaja golongan selebriti, tetapi netizen juga turut berkongsi gambar mereka bersama wanita tercinta di dalam hidup mereka.

'Syurga di bawah telapak kaki ibu' membuatkan wanita yang bersusah payah bergadai nyawa melahirkan kita dan membesarkan kita menjadi sanjungan.

Sememangnya kita semua menghargai ibu yang disayangi setiap hari dan setiap masa, tetapi amat indah juga apabila satu hari dikhaskan istimewa buat mereka.

Berikut adalah antara selebriti yang berkongsi gambar bersama ibu masing-masing, termasuklah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama bonda tercinta, Tuanku Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza pula berkongsi satu IGTV di Instagramnya khas buat ibu tersayang.
 




Gambar yang dikongsi oleh pelakon, pengacara dan penyanyi Alif Satar di Instagram miliknya juga membuat ramai terharu. Alif kelihatan dipeluk erat ibunya selepas tamat satu pertandingan sukan yang disertai oleh Alif.
 



Selamat menyambut Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di luar sana. Semoga semuanya mendapat segala keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Buat mereka yang sudah kehilangan ibu tercinta, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka dan semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.