Expired : 18.06.18

(Konsep) Imej Pengolokan 3D Realistik Pixel 4 Diperlihatkan

Ingat lagi rekaan konsep Pixel 3 yang direka oleh @PhoneDesigner? Asalnya ia adalah rekaan 3D realistik berdasarkan ura-ura, lakaran tertiris dan juga dari maklumat lain yang tertiris. Apabila Pixel 3 dilancarkan, rekaan peranti ini hampir sama dengan rekaan 3D pereka ini.



#Pixel4 and #Pixel4XL – Part1
(based on current rumors) pic.twitter.com/NuYSGBxQ2v


— Phone Designer (@PhoneDesigner) March 15, 2019



Kali ini, @PhoneDesigner hadir dengan rekaan 3D realistik buat Pixel 4 yang tertiris. Secara keseluruhan, ia kelihatan mirip Pixel 3 – tetapi dengan skrin berlubang untuk kamera swafoto. Dari segi bingkai pula, ia kelihatan seakan iPhone XR atau Samsung Galaxy S10e yang nipis dan nampak sekata disekeliling.



#Pixel4 and #Pixel4XL – Part2
(based on current rumors) pic.twitter.com/74Bl4hhctr


— Phone Designer (@PhoneDesigner) March 15, 2019



Panel belakang tampak sama lagi dengan Pixel 3, tetapi pengimbas cap jari dibuang. Ini mungkin kerana trend pengimbas cap jari bawah skrin. Untuk kamera, pereka berimaginasi yang Google akan gunakan dwi-kamera dan tidak lagi satu kamera.



And cleaner picture of the #Pixel4XL pic.twitter.com/Pjs8zouEOO


— Phone Designer (@PhoneDesigner) March 15, 2019



Kita hanya akan ketahui rekaan sebenar Pixel 4 sewaktu ia dilancarkan di masa akan datang. Masih awal lagi untuk kita nantikan Pixel 4. Pixel 3 masih lagi baru di pasaran dan tidak sampai setengah tahun lagi, apa-apa pun rekaan ini tampak menarik – kerana tiada takuk hodoh dan bingkai tebal dan besar.



Everything is white and grey. But I'm going to try new color variants – any suggestions? (carbon, matt black, ferrari red, chrome, …) 
</div>
<script async src=
Norlida Ishak Shop