Expired : 18.06.18

Konvensyen PERTIWI 2018 bakal kupas ancaman pemikiran asing


BANGI, 23 Safar 1440H, Khamis – Buat julung kalinya, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) bersama Majlis Ulama Isma dan Indahnya Islam akan menganjurkan Konvensyen Pertahankan Wilayah Islam (PERTIWI), pada 24 November depan.


Bertemakan ‘Mendepani Cabaran Dakwah Islam Era Malaysia Baharu’, konvensyen ini akan diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Pengarah PERTIWI, Ustaz Omar Kassim berkata, konvensyen ini bertujuan untuk memberi pencerahan kepada masyarakat Islam di Malaysia, berhubung ancaman pemikiran asing terutamanya liberalisme.


Pada masa katanya, konvensyen ini mahu memberi kesedaran kepada rakyat agar mempertahan kedaulatan Malaysia sebagai negara Islam.


PERTIWI bakal menampilkan tokoh-tokoh nasional dan serantau bagi membincangkan isu penting bagi seluruh umat Islam era Malaysia Baharu.


“Empat tajuk penting melibatkan ummah, antaranya ‘Menyingkap Sejarah Liberalisme di Malaysia: Dari Merdeka 1957 hingga 2018’, akan dikupas oleh Naib Presiden Isma, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni. ‘Jaringan Islam Liberal Indonesia: Pengajaran Buat Malaysia’, akan dibentangkan oleh Sekretaris Jeneral Majlis Intelektual dan Ulama Indonesia, Ustaz Bachtiar Nasir.


“Selain itu, ‘Konsep Kenegaraan: Antara Islam dan Liberalisme’, akan dibincangkan oleh Ketua Penyelidik Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah & Ahli Majlis Syura Isma, Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman. Konvensyen akan turut mengupas tajuk penting berkenaan ‘Kajian Orientalis dalam Kerangka Pemikiran Malaysia Baharu’, yang akan dibentang oleh Pengarah Institut Kajian Hadis dan Akidah, Kolej Universiti Islam Antarangsa Selangor, Dr. Norsaleha Mohd Salleh,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.


Lebih menarik Ustaz Omar berkata, konvensyen itu akan dipentaskan dengan sebuah forum khas bertajuk “Malaysia Negara Islam: Wilayah Yang Wajib Dipertahankan”.


Antara panelnya ialah Mufti Kerajaan Negeri Terengganu, Sahibus Samahah Datuk Dr Haji Zulkifly Muda, Pensyarah Kanan Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz, Ahli Majlis Syura Isma, Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman, dan akan dipengerusikan oleh Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia Leftenan Kolonel Haji Nazri Musman.


Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://isma.org.my/kpertiwi2018/.



The post Konvensyen PERTIWI 2018 bakal kupas ancaman pemikiran asing appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop