Expired : 18.06.18

Konvoi Briged Muslimat Sabah dekati Pemimpin dan Masyarakat

Oleh: Nurhayati Raden

10 Oktober 2019


KOTA KINABALU : Kor Khaulah, Briged Muslimat Negeri Sabah (BMNS) sebuah entiti Muslimat Muda dibawah Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah telah mengadakan konvoi di sekitar Pantai Barat Sabah bermula di Sepanggar hingga ke pedalaman Pitas pada 4 hingga 6 Oktober 2019.




Antara objektif program ini ialah melahirkan ahli yang aktif, sihat dan berkemahiran mekanikal dan mendekati pemimpin PAS.




Konvoi ini merupakan program pertama kali diadakan oleh Briged Muslimat Sabah dan seramai 12 peserta yang datang dari pelbagai kawasan. Turut sertai, Fatinah Az-Zahra merangkap Pengarah Briged Muslimat Negeri Sabah (BMNS) bersama menjayakan konvoi kali ini.



Slot pemeriksaan kenderaan sebagai pembuka tirai bagi konvoi ini. Turut ziarahi, pimpinan PAS di setiap destinasi persinggahan sambil mendengar kata taujihat antaranya Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling dan Setiausaha PAS Sabah Dr. Aliakbar Gulasan.




Destinasi terakhir konvoi ini ziarahi Rumah Pimpinan PAS di Daerah Bengkoka, Pitas iaitu AJK PAS Lajnah Asas Tani, Tuan Aliasgar Omolong juga mantan calon PAS PRU 14. Turut hadir, YDP PAS Kudat, Nemron Lonveh dan AJK Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Dauseh Quek serta beberapa ahli UMNO dan penduduk kampung bagi meraikan kedatangan Briged Muslimat Sabah.



Program ini mengajak ahli BMNS memahami kehidupan bermasyarakat dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri ahli. “Perkongsian seperti inilah yang kita tunggu, dalam perjalanan banyak perkongsian yang menyebabkan minda kita terbuka luas. Jangan kita menjadi seperti batu yang bergolek, hanya mendapat lumut sahaja” ujar Nemron Lonveh dalam ucapannya.



Briged Muslimat Negeri Sabah berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan menambah aktiviti menarik bersama masyarakat, ke arah melahirkan anak muda berjiwa besar sebagai pelapis pemimpin akan datang. Kata Fatinah Az-Zahra.



The post Konvoi Briged Muslimat Sabah dekati Pemimpin dan Masyarakat appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop