Expired : 18.06.18

Korban protes Iraq meningkat

BAGHDAD, 6 Safar 1441H, Sabtu – Jumlah kematian akibat demonstrasi besar-besaran di Baghdad dan bandar-bandar seluruh selatan Iraq meningkat kepada 93, apabila rusuhan kini memasuki hari kelima, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Parlimen.


Hampir 4,000 orang juga dilaporkan cedera sejak protes terhadap isu pengangguran, perkhidmatan awam lemah dan gejala rasuah yang membimbangkan di negara itu berlaku pada Selasa lalu, kata suruhanjaya berkenaan.


Bagaimanapun, angka korban terbaharu itu tidak dipastikan sama ada disebabkan demontrasi besar-besaran semalam, atau protes hari ini.


Pemimpin tentera Iraq, Moqtada Sadr, mendesak kerajaan supaya dibubarkan susulan keganasan yang berlaku di seluruh negara dan pertempuran penunjuk perasaan dengan polis pada hari keempat demonstrasi itu.


Pasukan keselamatan dilaporkan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan dalam usaha menyuraikan mereka sehingga mengakibatkan banyak kemalangan jiwa berlaku.


Perdana Menteri, Adel Abdul Mahdi mengarahkan satu perintah berkurung yang dikuatkuasakan kerajaan ditarik balik di Baghdad dan beberapa bandar lain di selatan setakat pukul 5 pagi waktu tempatan (0200 GMT) pada hari ini. –   Agensi


The post Korban protes Iraq meningkat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop