Expired : 18.06.18

‘Korporat angkuh boleh dijatuhkan’, #UninstallFoodPanda mula banjiri Twitter

Pengguna Twitter memulakan kempen memboikot Foodpanda di media sosial. — Foto ihsan Twitter/Part Time KL
Pengguna Twitter memulakan kempen memboikot Foodpanda di media sosial. — Foto ihsan Twitter/Part Time KL

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Pengguna dan pekerja mempunyai kuasa menentukan jatuh bangun sesebuah syarikat, kata menteri belia dan sukan.

Menjawab Foodpanda yang bertegas mahu kekalkan skim upah baru, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keangkuhan bukan jalan penyelesaian antara syarikat penghantar makanan itu dengan pekerja.


“Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja atau pengguna dan boleh dijatuhkan oleh pekerja atau pengguna.


“Keangkuhan bukan jalan penyelesaian. Hanya sokong korporat yang adil kepada pekerja dan pengguna,” catatnya di Twitter.


Katanya seperti syarikat korporat, wakil rakyat sepertinya juga dipilih dan boleh dihukum oleh rakyat.


Semakan terkini mendapati tanda pagar #UninstallFoodPanda (buang aplikasi Foodpanda) mula membanjiri Twitter.


Pengguna media sosial itu menyatakan mereka sudah membuang aplikasi Foodpanda dari telefon pintar, sebagai tanda sokongan kepada nasib penghantar makanan.


“Solidariti kepada Panda Riders #UninstallFoodPanda,” catat pengguna @boolat365.



tak ramai yang tahu. I was a foodpanda rider for 2weeks.

crazy jobs, barely get paid. now they won't even care about the riders. so yeah... im #UninstallFoodPanda


— ذُو الفَقَار (@ZulfaqarZahri) October 8, 2019

Tanda pagar #boikotfoodpanda juga menjadi antara topik perbualan tertinggi di Twitter hari ini.


“Nampaknya pengurusan Foodpanda bukan sahaja berdegil untuk mengikut tuntutan rider. Malah begitu bongkak lagi. Ayuh kita meneruskan revolusi paling comel dalam sejarah. #comeltapikejam,” catat @iEjanKirkic.



consumers can start #boikotfoodpanda, but don't forget that the riders also will not get order and income from the boycott.

best is to pressure the government for law and regulation, making sure gig economy companies will look after the welfare and benefits of the riders. https://t.co/sv4mmfSMvp


— Your TuanMasbro Thinkaboutit Bongkersz (@bongkersz) October 7, 2019

Foodpanda semalam mahu mengekalkan skim baru untuk penghantar di luar Lembah Klang untuk tempoh sekurang-kurangnya empat minggu sebelum mengambil langkah seterusnya, jika perlu.


Pengarah urusan Malaysia, Sayantan Das, berkata data awal menunjukkan sebilangan besar penunggang memperoleh pendapatan lebih daripada sebelumnya.


Norlida Ishak Shop