Expired : 18.06.18

Kosovo aibkan Czech

PEMAIN Kosovo, Mergim Vojvoda menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua bagi membolehkan pasukannya menewaskan Republik Czech 2-1 dalam aksi kelayakan Euro 2020 Kumpulan A di Pristina, sebentar tadi.


Pertahanan Standard Liege, Vojvoda yang tidak dikawal dalam kotak penalti menerima hantaran sepakan sudut melepaskan rembatan pada minit ke-67 untuk menghadiahkan kemenangan ke-15 berturut-turut mereka.


Pelawat mengejutkan penyokong tuan rumah pada minit ke-16 selepas penyerang RB Leipzig, Patrik Schick melepaskan rembatan kencang menggunakan kaki kiri melepasi jangkauan penjaga gol, Jakub Jankto.


Kosovo yang menjadi ahli FIFA pada 2016 menyamakan kedudukan empat minit kemudian apabila Elbasan Rashani yang melepasi kekangan pertahanan lawan melorongkan bola kepada Vedat Muriqi yang menolak masuk ke gawang tanpa dapat diselamatkan penjaga gol, Tomas Vaclik.


Kemenangan itu meletakkan Kosovo di tangga teratas Kumpulan A dengan lapan mata daripada empat perlawanan dan Czech di tangga kedua dengan enam mata sama dengan England.


Norlida Ishak Shop