Expired : 18.06.18

KP SPRM Perlu Segera Buktikan Kemampuan Dan Komitmen Perangi Rasuah

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata walaupun isu pelantikan Puan Latheefa Koya diperkatakan dan diakui oleh ramai pihak tidak mengikuti janji manifesto PH, namun parti itu menerimanya kerana menghormati kuasa prerogatif Perdana Menteri.


Sehubungan itu kata beliau, selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu dilantik Puan Latheefa perlu menunjukkan kemampuan dan komitmen tegas dengan segera untuk membuka kembali kertas siasatan kes Banglo Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Skandal Terowong di negeri tersebut.


“Rakyat pasti ternanti-nanti tindakan sewajarnya diambil dan sekiranya kes-kes tersebut tidak disentuh maka jelas bahawa lantikan beliau tidak ada perbezaan dengan lantikan politik yang lain.


“Saya yakin Puan Latheefa sedang mendengar dan membaca pandangan pelbagai lapisan masyarakat. Malah sebagai aktivis masyarakat yang peka terhadap pelbagai isu utama di dalam negara, beliau pasti tahu keutamaan dalam menjalan tugasan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.” katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.


Beliau seterusnya mengucapkan selamat maju jaya kepada KP SPRM yang baharu dan berharap beliau pasti mampu bertindak secara bijak, adil dan profesional dalam kes kes yang dilaporkan kepada SPRM khususnya dalam Skandal Banglo dan Terowong.


Norlida Ishak Shop