Expired : 18.06.18

KPN lawat kuil di USJ


SUBANG JAYA, 23 Rabiulawal 1440H, Sabtu – Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini membuat tinjauan singkat di kawasan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 di sini.


Beliau yang tiba kira-kira 3.50 petang dilihat menemui pengunjung kuil selain ke khemah polis dan melihat-lihat kawasan sekitar yang dikawal oleh polis serta Unit Simpanan Persekutuan (FRU).


Bagaimanapun tiada kenyataan diberikan kepada pihak media yang berada di sekitar kuil itu sebelum beredar kira-kira 10 minit kemudian.


Tinjauan Bernama mendapati pasukan polis dan FRU masih melakukan kawalan di kuil berkenaan walaupun keadaan dilihat sudah pulih.


Terdapat enam trak FRU dan sebuah jentera milik pasukan berkenaan berhampiran kuil itu setakat petang ini.


Insiden kekecohan yang berlaku pada awal pagi Isnin dan Selasa lepas berikutan perbalahan mengenai perpindahan kuil itu ke tapak baharu bukan sahaja menyaksikan kemusnahan puluhan kenderaan yang dibakar tetapi turut menyebabkan seorang anggota bomba cedera parah kerana dipukul oleh kumpulan perusuh.


Muhammad Adib Mohd Kassim kini dirawat di Institut Jantung Negara dan keadaannya dilaporkan kritikal namun stabil. – Bernama


The post KPN lawat kuil di USJ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop