Expired : 18.06.18

Kre8tif Conference & Content Festival 2018 Bakal Berlangsung Pada 6 Hingga 9 Ogos – Memfokuskan Kepada Industri Kreatif Secara Besar-Besaran

MDEC, ataupun Malaysian Digital Economic Corporation ialah sebuah syarikat GLC yang cukup terkenal kerana memartabatkan industri teknologi dan kreatif di Malaysia, dan bertanggungjawab untuk memperkenalkan beberapa syarikat-syarikat kreatif di Malaysia, termasuklah Animonsta dan sebagainya.



Acara Kre8tif Conference & Content Festival kembali untuk kali kedua, dan pada tahun ini, nampaknya MDEC bersedia untuk memuatkan acara ini dengan pelbagai jenis aktiviti yang bukan sahaja akan menghiburkan para pengunjung, tetapi juga memanfaatkan golongan-golongan profesional yang bekerja di dalam industri kreatif ini.


Diantara acara-acara yang akan dijalankan di Kre8tif termasuklah business matching, dimana syarikat-syarikat boleh berbincang untuk menentukan bagaimanakah mereka boleh membantu satu sama lain untuk mempertingkatkan lagi produktiviti mereka.



MDEC juga telah menjemput pelbagai jurucakap di dalam industri kreatif tempatan dan juga antarabangsa, seperti Christopher Bremble, CEO Base FX, Hidehiko Kitajima, CEO OLM, iaitu syarikat animasi yang bertanggungjawab untuk siri animasi Pokemon, dan juga Datin Seri Tiara Jacquelina, seniwati teater di Malaysia.


Aktiviti-aktiviti lain yang akan dijalankan sepanjang Kre8tif termasuklah Costume Fun Run, persidangan teknikal dimana pelbagai jurucakap syarikat kreatif akan bercakap mengenai teknik-teknik dan pengalaman di dalam industri kreatif.



Kre8tif juga akan memperlihatkan pameran teknologi dimana orang ramai dapat melihat teknologi-teknologi baru yang sedang dan akan digunakan di dalam industri ini. pada dua hari pertama persidangan ini.


Penjualan iket masuk ke acara Kre8tif Conference * Content Festival 2018 ini akan mula dijual bermula 16 Julai hingga 31 Julai 2018, pada harga RM650 untuk tiket masuk ke acara Kr8tif sahaja, manakala jika anda juga berminat untuk mengambil bahagian di dalam acara business exchange, tiket masuk akan dijual pada harga RM750.


Kre8tif Conference & Content Festival ini akan berlangsung bermula 6 hingga 9 Ogos 2018 di sekitar Cyberjaya, termasuklah Cyberview Resort & Spa dan juga Multimedia University, dan jika anda berminat untuk mengetahui tentang semua aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang acara tersebut, anda boleh melawat laman web Kre8tif.


Layari laman web Kre8tif Conference & Content Festival


Norlida Ishak Shop