Expired : 18.06.18

Krisis Air Di Kapar Dan Klang : Khidmat Malaysia Memohon Penghantaran Bantuan Air Mineral.



KRISIS AIR DI KAPAR DAN KLANG : KHIDMAT MALAYSIA MEMOHON PENGHANTARAN BANTUAN AIR MINERAL.


Pengurusan Bencana Dan Kecemasan Malaysia ( KHIDMAT MALAYSIA ) menganggap krisis air yang melanda kawasan-kawasan di Kapar dan Klang sebagai satu bencana sepertimana bencana alam iaitu banjir, tanah runtuh dan ribut taufan.


Selain dari berharap Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah ini dengan segera, KHIDMAT MALAYSIA telah dan akan melakukan tindakan-tindakan yang proaktif untuk mengurangkan kesengsaraan penduduk.


Pagi ini KHIDMAT MALAYSIA telah menghantar 4,032 botol air mineral 1.5 litre ke kawasan terlibat.


Bekalan air mineral juga akan dihantar esok.


Sebelum ini PAS Kawasan terlibat dan dari kawasan lain di Selangor telah turut menghantar bekalan air dan membantu penduduk.


WALAU BAGAIMANAPUN UNTUK MENGURANGKAN KESENGSARAAN PENDUDUK, SAYA MENGGESA PAS KAWASAN-KAWASAN DI SELURUH NEGARA TERUTAMANYA DARI NEGERI SELANGOR AGAR MENGHANTAR BEKALAN AIR MINERAL KE KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT.


BEKALAN TERSEBUT BOLEH DIHANTAR TERUS KE,


Pusat Khidmat PAS (PKP) DUN Selat Klang,

14-2, Lorong Teluk Gadong 1,

Kampung Sungai Udang,

41100 Klang,

Selangor Darul Ehsan.


UNTUK SEBARANG PERTANYAAN TENTANG LOKASI PENGHANTARAN, SILA HUBUNGI,


1.) Ustaz Fikri : 019-6242434


2.) Sdra Adnan : 010-7021158


3.) Sdra Abdul Razak : 016-3656559


Walaupun apabila bekalan air pulih, selalunya air yang mula-mula disalurkan berbau dan bercampur dengan kelodak maka bantuan bekalan air ini amat diperlukan.


Dato Iskandar A. Samad

Ketua Pengarah

Pengurusan Bencana Dan Kecemasan Malaysia

( KHIDMAT MALAYSIA )

012 318 9835

5 Ramadhan 1440 / 10 Mei 2019


The post Krisis Air Di Kapar Dan Klang : Khidmat Malaysia Memohon Penghantaran Bantuan Air Mineral. appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop