Expired : 18.06.18

Krisis kewangan: UNRWA tiada hasrat tutup sekolah


SEMENANJUNG GAZA, 2 Rabiulawal 1440H, Sabtu – Walaupun dihimpit masalah kewangan, Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) tidak berhasrat menutup sekolah di bawah kendaliannya, sehingga penggal persekolahan berakhir tahun ini.


UNRWA dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 711 sekolah di bawah kendaliannya di Tebing Barat, Semenanjung Gaza, Jordan, Lubnan dan Syria dibuka pada September lalu bagi permulaan penggal persekolahan tahun ini.


Bagaimanapun, pihaknya tidak dapat menjangkakan sama ada sekolah berkenaan mampu terus beroperasi sehingga akhir bulan ini.


Ketua Operasi UNRWA di Gaza, Matthias Schmale berkata, walaupun agensi itu masih mempunyai defisit dalam bajet program utamanya, ia dijangka mampu bertahan selama satu bulan setengah dari akhir tahun ini.


“Jika kita mampu bertahan sehingga akhir Disember, kita yakin ada negara-negara anggota yang menyumbang untuk tahun depan.


“Jadi, saya boleh katakan sekarang bahawa penggal persekolahan tahun ini pada asasnya masih selamat,” katanya.


Awal tahun ini, pentadbiran negara pembuli Amerika Syarikat, yang diterajui Presiden Donald Trump memutuskan untuk menamatkan kira-kira AS$300 juta pembiayaan kepada UNRWA, sehingga membawa kepada krisis kewangan yang teruk dan mengancam kebanyakan program bantuan agensi itu.


UNRWA menawarkan perkhidmatan kepada ribuan pelarian Palestin, dengan mewujudkan sekolah, pusat kesihatan dan program pengagihan bantuan.


Selama hampir 70 tahun, UNRWA menjadi penyelamat kepada lebih daripada lima juta pelarian Palestin yang berdaftar di wilayah yang diduduki rejim pengganas Israel di Palestin dan di Lubnan, Jordan dan Syria.- Agensi



The post Krisis kewangan: UNRWA tiada hasrat tutup sekolah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop