Expired : 18.06.18

Kuala Nerus : Adun DAP Kurang Ajar


Adun DAP ini sangat kurang ajar. Di saat umat Islam di Malaysia bersedih atas peristiwa jenayah pembunuhan umat Islam di masjid New Zealand beliau tergamak mengaitkan apa yang berlaku dengan hubungan kerjasama politik PAS dan UMNO.


PAS dan UMNO adalah dua parti sah berdaftar yang boleh saja melakukan apa sahaja hubungan politik mengikut lunas demokrasi.


Jangan jadikan jenayah kemanusiaan ini sebagai jambatan politik bagi melindungi ketakutan DAP terhadap masa depan politik mereka hasil gabungan dua parti melayu islam ini secara demokrasi.


Jangan berpolitik sepanjang masa di saat umat Islam sedang bersedih dan terkilan dengan apa yang berlaku. Jangan pula kebencian berasaskan agama cuba dibangkitkan menerusi ulasan biadap tersebut. Keharmonian bernegara perlu dipelihara di negara ini.


Caranya ialah jangan ada mana-mana parti yang berkuasa membelakangkan asas bernegara Malaysia yang memberikan hak keistimewaan kepada Melayu dan juga jangan menidakkan Islam sebagai agama negara.


Dr Khairuddin Takiri


https://m.malaysiakini.com/news/468120


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2428660470477302&id=569086473101387


The post Kuala Nerus : Adun DAP Kurang Ajar appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop