Expired : 18.06.18

Kuasa Netizen Buatkan Wanita Ini Tidak Menang Tangan Hasilkan ‘Donat Seringgit’

Tidak dapat dinafikan kuasa tular oleh netizen sangat memberi kesan kepada sesuatu perkara.


Bukan sahaja isu-isu semasa, tetapi perniagaan yang terkena tempias ditularkan oleh netizen juga turut menerima manfaat- terutama di musim Perintah Kawalan Pergerakan ini.



Tatkala ada sebilangan peniaga kecil-kecilan yang kehilangan punca pendapatan dengan situasi penularan COVID-19 ketika ini, lain pula yang berlaku kepada wanita dari Bangi ini.


Wanita tersebut, Norhasdin Pakiluddin yang baru sahaja memulakan perniagaan menjual donat daripada rumah tidak menang tangan untuk mengambil pesanan daripada pelanggannya.


Menceritakan perkara itu kepada MalayMail, Norhasdin berkata segalanya bermula selepas salah seorang pelanggannya berkongsi kisahnya di laman Twitter.



Akak ni aku terjumpa dia post jual donut kat Group Bangi. Dia dah hilang pendapatan sebab PKP ni. Anak dia pula sakit perlu duit. Aku support je lah beli donut dia. Saja try. End up sedap pula donut dia. Murah pun murah. Kesian aku tengok dia Delivery guna motor kat Lobby tadi