Expired : 18.06.18

"Kulit Berubah Menjadi Putih Tetapi Hanya Sementara .." - Janna Nick Tak Akan Ambil Suntikan Untuk Kekal Cantik




Zulaikha Yusof



Hiburan


Aktres jelita Janna Nick akui tidak menyokong tindakan individu yang mengambil suntikan untuk mendapatkan kulit yang putih.

Isu ini timbul apabila terdapat seorang netizen yang bertanya sama ada wajahnya yang putih itu disebabkan suntikan ataupun produk pencuci muka.

Kata Janna dia tidak akan terjebak kerana tahu ia akan memberi kesan terhadap buah pinggang.

"Saya tidak menyokong tindakan segelintir individu yang mengambil suntikan untuk mendapatkan kulit yang cantik.

"Saya tahu ia akan memberi kesan serta merosakkan buah pinggang satu hari nanti.

"Kulit akan berubah menjadi putih tetapi hanya berkekalan sementara. 

"Badan kita pulak ingin digunakan untuk satu tempoh yang lama bukan sekejap," katanya kepada Gempak.

Pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner menjelaskan produk keluarannya adalah berasaskan bahan semula jadi dan hanya digunakan di bahagian luaran.

"Produk saya memang memutihkan dan mencantikkan kulit saya.

"Semua itu terjadi daripada bahan yang digunakan iaitu berasaskan susu kambing dan hanya dipakai di bahagian luar sahaja.

"Saya hanya berkongsi kepada umum namun terpulang kepada individu tersebut sama ada ingin mempercayai atau tidak," tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Janna sedang terlibat dengan pementasan teater Pawana Isabella pada 21 hingga 31 Ogos di Istana Budaya.

Teater Pawana Isabella arahan Erma Fatima itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Azar Azmi, Johan Raja Lawak, Ozlynn dan Datuk Afdlin Shauki.
 


Norlida Ishak Shop