Expired : 18.06.18

Kulusevski hampir pasti sertai Juventus

PEMAIN remaja Sweden yang semakin meningkat naik Dejan Kulusevski semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan ke Juventus dari Atalanta selepas melalui ujian kesihatan, perkara itu disahkan juara Serie A Itali berkenaan.


“Perancang tengah Sweden tiba di pusat kesihatan bertempat di Stadium Allianz dan memulakan ujiannya,” menurut kenyataan kelab itu.


Pemain berusia 19 tahun itu mengharungi musim cemerlang sejak dipinjamkan ke Parma daripada Atalanta pada Jun, menjaringkan empat gol dan membantu menghasilkan tujuh lagi jaringan dalam 17 perlawanan.


Pengendali Juve, Maurizio Sarri memenangi persaingan untuk menandatangani pemain itu mengatasi skuad Inter Milan kendalian Antonio Conte, dalam usaha menamatkan kejayaan lapan kejuaraan Serie A berturut-turut seterunya itu.


Warga Sweden itu dilaporkan ditandatangani dengan 35 juta Euro serta tambahan enam juta Euro (RM187.60 juta) dengan bonus berkaitan prestasi.


Kulusevski, yang menyertai Atalanta pada 2016 daripada kelab Sweden, Brommapojkarna, bersetuju dengan perjanjian kontrak lima tahun bernilai kira-kira 2.5 juta Euro (RM11.44 juta) semusim menurut laporan.


Dia mungkin boleh kekal di Parma sehingga penghujung musim ini. kelab yang berada di kedudukan ketujuh dalam Serie A dan empat mata untuk tempat ke saingan Eropah.


Kulusevski beraksi untuk skuad bawah 17 tahun, Macedonia negara kelahiran ibunya tetapi melakukan penampilan pertama bersama Sweden pada November ketika perlawanan berdepan Kepulauan Faroe.


Norlida Ishak Shop