Expired : 18.06.18

Kuo – Apple MacBook Pro 17 Akan Hanya Dilancarkan Pada Tahun 2021

Sebelum ini kami melaporkan Apple akan menawarkan semula MacBook Pro  17″ seawal tahun ini. Model dengan skrin sebesar 17″ ini dihentikan pengeluarannya sejak 2012. MacBook Pro dengan skrin terbesar sekarang hanya ditawarkan dengan skrin sebesar 15″. Ming-Chi Kuo, penganalisa yang kerap kali melakukan ramalan produk yang tepat kini mengeluarkan kenyataan baru yang mungkin mengecewakan pengguna yang menantikan MacBook Pro 17″.


Menurut beliau, MacBook Pro dengan skrin besar ini akan hanya dilancarkan pada tahun 2021. Tambah beliau lagi skrin mikro LED akan digunakan kerana mampu menawarkan julat paparan warna yang lebih besar dan keterangan yang lebih tinggi berbanding teknologi skrin LCD yang digunakan pada MacBook sekarang.


Norlida Ishak Shop