Expired : 18.06.18

“Kurniakanlah Zuriat… Sesungguhnya Kami Menanti Detik Indah Ini Ya Allah,” – Sebaknya Baca Luahan Hati Izzue Islam




Mya Amri



Hiburan


“Kurniakanlah Zuriat… Sesungguhnya Kami Menanti Detik Indah Ini Ya Allah,” – Sebaknya Baca Luahan Hati Izzue Islam
Ucapan dan doa yang diberikan pelakon Izzue Islam kepada isterinya, Awin Nurin sempena ulang tahun perkahwinan keenam mereka menyentuh hati peminat.
 
Ucapan istimewa yang dikongsi oleh Izzue menerusi akaun Instagramnya turut disertakan dengan foto perkahwinan mereka.
 
“Ya Allah, di hari kelahiranku & ulang tahun perkahwinanku ini, aku ingin mengucap syukur atas segala rezeki yang kau limpahkan kepadaku.
 
“Janganlah Engkau keringkan hati & jiwa kami dari perasaan cinta, kasih & sayang. Kurniakanlah kami zuriat keturunan yang soleh & solehah.
 
“Sesungguhnya kami menanti detik indah ini Ya Allah. Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga ke syurgaMu. Berkatilah hubungan aku & Isteriku Tercinta, Nurinafilah,” tulisnya.


Norlida Ishak Shop