Expired : 18.06.18

‘Lagak mufti filem kecam watak gay tapi malam layan foto model’

Azhan Rani percaya kelompok yang mengecam telefilem ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ mahukan perhatian. — Foto ihsan Instagram/Azhan Rani
Azhan Rani percaya kelompok yang mengecam telefilem ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ mahukan perhatian. — Foto ihsan Instagram/Azhan Rani

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Pelakon Azhan Rani menyifatkan kecaman terhadap telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi mengulangi situasi yang berlaku terhadap filem Lelaki Harapan Dunia gara-gara “mufti filem menjatuhkan hukum”.

“...macam ni la jugak... belum pun cerita keluar panggung menggelabah cipan puak-puak mufti filem ni menjatuhkan hukum walaupun dikhabarkan pihak berwajib dah pun bagi kelulusan,” katanya. 


“Kejap cerita tu menjatuhkan Melayu, kejap menjatuhkan agama,” kata pelakon pembantu terbaik Anugerah Tribute P Ramlee 2015 di Instagram baru-baru ini.


Azhar percaya golongan itu mahu perhatian dengan  “acah-acah kafir mengkafirkan orang” dengan menyalin tampal hadis tetapi mereka kemudian “diam-diam ‘stalk’ (curi-curi tengok) Instagram artis, model dan layan Tumblr”.


“Ada orang bercakap sebab nak perhatian, ada yang acah-acah kafir mengkafirkan orang, ‘copy paste’ (salin dan tampal) hadis, lepas itu diam-diam ‘stalk’ (curi-curi tengok) Instagram artis, model dan layan Tumblr malam-malam sebelum tidur,” katanya. 


“End up (akhirnya) orang-orang tu buat cerita yang lebih kurang juga... dok sibuk marah orang tak takut Tuhan ke tapi gigih buat cerita hantu ajak orang takut setan,” katanya.


Untuk rekod, filem Lelaki Harapan Dunia, walau dituduh memperlekeh Melayu, meraih lima anugerah di Festival Filem Malaysia (FFM) 2015 termasuk filem terbaik dan pengarah terbaik.


Kelmarin, Fadzil Zahari, penerbit menegaskan telefilem itu bukan mempromosi amalan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) sebaliknya menceritakan perjalanan seorang mak nyah yang cuba mendekati Allah.


Norlida Ishak Shop