Expired : 18.06.18

Lagi kes bela haiwan liar, helang merah didakwa dikurung di Subang Jaya

Burung helang merah adalah spesis haiwan yang dilindungi dan menjadi simbol bagi Pulau Langkawi. — Foto ihsan Facebook
Burung helang merah adalah spesis haiwan yang dilindungi dan menjadi simbol bagi Pulau Langkawi. — Foto ihsan Facebook

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Seekor burung helang merah yang dilindungi undang-undang dan menjadi simbol bagi Pulau Langkawi ditemui terkurung dalam sangkar di sebuah rumah teres di Putra Heights, Subang Jaya.

Penduduk mendakwa spesis haiwan liar yang diancam kepupusan itu dikurung di sebuah lot rumah paling hujung kira-kira setahun lalu, lapor The Star.


Salah seorang penduduk mendakwa sudah empat kali menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sejak tahun lalu namun tiada tindakan lanjut.


Helang merah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010, dan mana-mana individu yang memilikinya boleh didenda sehingga RM100,000, penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Minggu lalu tular kes beruang matahari dibiarkan kelaparan dalam rumah penyanyi Zarith Sofia Yasin di sebuah kondominium di Desa Pandan sebelum diselamatkan anggota bomba dan Perhilitan.


Baca seterusnya di Malay Mail.


Norlida Ishak Shop