Expired : 18.06.18

Lagi kes pekerja Melayu Islam terpaksa berurusan dengan minuman keras…

Wan Sheila Wan Hazmi

Singgah beli sedikit barang tadi. Datang sebak bila tengok dua orang adik ni bersungguh-sungguh punggah dan susun arak. Ada customer potong Q, bayar 6 tin arak. Jelas. Beer. Bila customer tu keluar, saya beranikan diri tanya.


“Adik, maaf akak nak tanya. Tak ada staff non-muslim ke kat sini?”


”Tak ada kak”.


“Akak sedih lihat adik angkat susun semua tu.”


Adik tu cuma mampu senyum. Cuma balas “akak perlu plastik ke?”


Dari airmuka, saya yakin dia tahu maksud saya tu.


Sebak bukan apa.. sempurna aurat mereka berdua. Terjaga. Cuma itulah… mereka tentu ada sbb tersendiri.


Moga adik berdua dimurahkan rezeki, beroleh kerja yg lebih sesuai. Doakan.


Besar harapan saya, kerajaan “rahmatan lil ‘alamin” boleh berbuat sesuatu yg lebih baik dari sblm ni dlm isu ni.


Updates: Penjelasan berkenaan isu ini dr page Mufti Wilayah Persekutuan:




https://www.facebook.com/423534687786516/posts/1316218508518125?sfns=0


sumber; Wan Sheila Wan Hazmi




Norlida Ishak Shop