Expired : 18.06.18

"Lagu Itu Menceritakan Tentang Saya" - Nyanyikan Lagu Dialah Di Hati, Tokti Bakar Semangat Noorshila Amin




Hanafis Haris



Hiburan



Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil membuat kejutan apabila memberi kata-kata semangat kepada bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Noorshila Amin.
 
Ucapan tersebut dikongsi menerusi satu posting di Instagramnya, hari ini.
 
Pada yang tidak tahu, Noorshila bakal menyanyikan lagu Dialah Di Hati milik Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti pada konsert Gegar Vaganza, minggu ke-10, Ahad ini.
 
Tambah menarik, lagu tersebut juga bakal dinyanyikan secara duet bersama penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah.
 
Jelas Tokti, dia berdoa agar kedua-dua penyanyi berpengalaman itu dapat membawa lagu tersebut dengan baik.
 
"Saya percaya kakak berdua mempunyai cara dan keistimewaan yang tersendiri. Menyanyilah dengan tenang dan gembira," katanya.
 
Tambah Tokti, lagu tersebut sebenarnya mempunyai maksud yang mendalam kerana ia menceritakan kisah hidupnya sepanjang bergelar anak seni.
 
"Lagu itu walaupun pelbagai cabaran saya hadapi, Allah SWT (Dia) tetap di hati," katanya.

 
Difahamkan, lagu berkenaan dicipta oleh Aidit Alfian manakala Habsah Hassan sebagai penulis liriknya.
 
Untuk rekod, GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
 
Jika anda terlepas menonton konsert minggu ketiga GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming'.
 
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
 
GV2019 turut ditaja bersama oleh Adabi, Cuckoo, Powercat, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi.
 


Norlida Ishak Shop