Expired : 18.06.18

“Lagu Ni Banyak Jasa…,”- Perginya Komposer &Penulis Lagu ‘Bukan Kerana Nama’, Ramli Sarip Luah Rasa Sedih

Penyanyi rock, Rami Sarip tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya selepas mendapat tahu komposer dan juga penulis lirik lagu Bukan Kerana Nama, Mohd Bakri Johari telah kembali ke rahmatullah hari ini.


Katanya, hari ini merupakan hari yang amat menyedihkan baginya kerana menganggap lagu tersebut telah memberikan banyak jasa kepada karier seninya.


Berita sedih tersebut dikongsikan oleh penyanyi yang sinonim dengan panggilan Papa Rock itu di laman Instagram miliknya.



“Hari yang sedih. Innalillahiwainnalillahirojiuun. Salam takziah buat keluarga Mohd Bakri Johari, Komposer juga Penulis Lirik lagu Bukan Kerana Nama telah kembali kerahmatullah hari ini di Singapura.


“Lagu itu telah banyak memberi jasa kepada saya dan sering menjadi permintaan wajib dari Penganjur untuk apa juga majlis yang saya diundang.


“Semuga ruhnya dicucuri rahmat oleh-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin,” tulisnya.


Melihat di ruangan komen, rata-rata netizn turut bersimpati malah turut memberikan ucapan takziah buat komposer tersebut.




Lagu Bukan Kerana Nama itu ternyata memberi kesan yang mendalam bukan sahaja buat penyanyinya malah seluruh peminat lagenda rock iu.


Dikesempatan ini, admin ingin mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga Bakri Johari. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin!


 


Sumber Ig via Video viral


Norlida Ishak Shop