Expired : 18.06.18

Lagu Seloka Hari Raya Diberi Nafas Baru, Fattah Amin Dan Fazura Terima Respons Bercampur

Mesti semua termenung ke luar jendela memikirkan hari raya tahun ini yang terpaksa disambut sederhana dek Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kan? Sedih memikirkan tak dapat bersama sanak saudara menyambut perayaan besar ini.


Demi nak mengubati rindu, mesti ramai yang dah mula pasang lagu raya tak kiralah di rumah mahupun di pejabat. Nak ambil ‘feel’ konon! Antara lagu yang cukup popular ialah Seloka Hari Raya yang dinyanyikan oleh Hail Amir dan Uji Rashid.


Disebabkan oleh itu, pasangan pelakon iaitu Fazura dan Fattah Amin telah mengeluarkan versi terbaru lagu popular ini bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri kali ini. Bahkan muzik videonya menggunakan konsep animasi yang comel!



Menjengah ke ruangan komen muzik video tersebut, nampaknya ramai peminat yang memuji kecomelan animasi yang digunakan selain turut menyukai nafas baru yang dibawa oleh suara Fattah Amin dan Fazura.


seloka hari raya fattah amin dan fazura


Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah netizen yang meluahkan rasa tidak gemar dengan lagu Seloka Hari Raya versi pasangan ini. Mungkin kerana lontaran suara yang mendatar.


seloka hari raya fattah amin dan fazura seloka hari raya fattah amin dan fazura


Meskipun menerima respons negatif tetapi nampaknya ramai juga yang menyukai gabungan suara pasangan suami isteri ini.


fazura dan fattah


Apa pula pendapat anda?


Sumber: Twitter