Expired : 18.06.18

Lakar potret guna serbuk teh, mufti doakan pemuda temu jodoh

Lakaran potret Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulkifli Al-Bakri oleh seorang pemuda menggunakan serbuk teh. — Foto ihsan Twitter/Dxnots
Lakaran potret Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulkifli Al-Bakri oleh seorang pemuda menggunakan serbuk teh. — Foto ihsan Twitter/Dxnots

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Sentuhan kreatif seorang pemuda menggunakan serbuk teh berjaya menarik perhatian mufti Wilayah Persekutuan.

Pengguna Twitter Dxnots memuat naik foto lakaran wajah Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri dengan ucapan hari lahir.



Selamat hari lahir @drzul_albakri semoga terus sihat, ceria dan semangat memimpin ummah.

Belum sempat buat air dah bersepah. Sy kemas dulu takut mak balik. pic.twitter.com/hz0T1i6Rwz


— Dxnots (@dxnots) January 16, 2020

Ucapan pemuda itu dibalas Zulkifli yang bertanyakan sama ada ia menggunakan serbuk kopi.


Namun Dxnots menjelaskan ia serbuk teh dan meminta Zulkifli mendoakannya agar segera bertemu jodoh.


“Moga dapat jodoh segera. Solehah, berakhlak mulia,” balas Zulkifli lagi.


Rata-rata warga maya di ruangan komen memuji hasil tangan pemuda itu yang kreatif dan berbakat.


Reaksi Zulkifli itu setakat ni disukai lebih 2,300 pengguna dan diulang siar hampir 700 kali.


Norlida Ishak Shop