Expired : 18.06.18

Laluan utama LDP berdekatan kuil dibuka semula

SUBANG JAYA, 20 Rabiulawal 1440H, Rabu – Semua laluan utama di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) termasuk berdekatan Kuil Sri Maha Mariamaman di USJ 25, di sini, yang ditutup kepada pengguna sejak petang semalam dibuka semula pagi tadi.


Ketua Jabatan Komunikasi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak), Shah Rizal Mohamed Fawzi berkata, keadaan trafik kini sudah kembali lancar.


Sebelum ini, laluan utama di Kilometer S 1.4 arah barat Puchong menghala ke Lebuhraya Elite ditutup oleh pihak polis atas faktor keselamatan.


Pengguna yang menggunakan laluan utama LDP dilencongkan ke arah jalan susur Putra Height dengan bantuan unit pengurusan trafik, Polis Bantuan Litrak dan unit Penguatkuasa Peronda Lebuhraya (EMPV) yang berada di lokasi.


Lencongan menyebabkan trafik sesak namun terkawal sepanjang penutupan sementara tersebut.


Shah Rizal berkata, pihak konsesi lebuhraya membantu pihak polis menutup laluan terlibat sejak 5.30 petang semalam hingga jam 3.40 pagi tadi.


“Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan setakat ini,” katanya.



Beliau berkata, pengguna lebuh raya akan diberitahu dari semasa ke semasa melalui akaun media sosial rasmi Litrak – akaun Twitter (@ LDPtrafik) dan Facebook (LITRAK Group), pemberitahuan radio serta paparan papan elektronik ‘variable message sign’ (VMS) untuk perkembangan dan maklumat trafik terkini.


“Sebagai alternatif, pengguna juga boleh hubungi kami melalui Talian Bantuan LDP di 0374947333.


“Keselamatan pengguna lebuh raya merupakan keutamaan Litrak, kami mohon kerjasama pengguna berkenaan insiden ini. Kami mohon maaf atas setiap kesulitan yang timbul,” katanya.


The post Laluan utama LDP berdekatan kuil dibuka semula appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop