Expired : 18.06.18

Laman Sesawang Filem Captain Marvel Akan Membawa Anda Kembali Ke Era Internet 90an

Jika anda membesar pada era 1990-an, dan anda mempunyai komputer dan sambungan internet dial-up, anda pasti ingat rekaan dan rupa laman-laman web pada zaman tersebut, terutamanya laman-laman web Geocities dan Angelfire.



Marvel baru-baru ini memperlihatkan laman web filem Captain Marvel yang akan ditayangkan pada bulan Mac kelak, dan rekaan laman web tersebut mengingatkan kami tentang laman-laman web pada tahun 90an, yang lengkap dengan butang timbul berwarna kelabu, teks Comic Sans dan animasi berwarna pelangi,



Jika anda menatal terus laman web ini, anda dapat melihat bagaimana laman web pada era tersebut dibina, lengkap dengan warna latar belakang dan juga teks yang tidak sepadan, pemain multimedia yang sangat klasik, dan juga ciri Guestbook yang sudah tidak kelihatan untuk lebih sedekad.


Layari laman web Captain Marvel


Norlida Ishak Shop