v Lan A To Z Kini Bergelar Tauke Buluh Lemang, Hampir 8,000 Batang Terjual Sepanjang Perayaan Aidilfitri
Expired : 18.06.18

Lan A To Z Kini Bergelar Tauke Buluh Lemang, Hampir 8,000 Batang Terjual Sepanjang Perayaan Aidilfitri

Lan daripada kumpulan A to Z yang sebelum ini mengusahakan perniagaan syarikat menyewa peralatan sistem audio mengakui terkesan dengan penularan wabak pandemik COVID-19 apabila pendapatannya merudum teruk akibat tiada permintaan daripada orang ramai.Norazlan Abdul Aziz atau lebih mesra disapa sebagai Lan ketika ditemui Berita Harian berkata, sejak tempahan sewa peralatan audio banyak yang telah dibatalkan kerana larangan mengadakan majlis dan aktiviti sosial oleh kerajaan, dia giat memikirkan idea baru untuk mencari rezeki demi kelansungan hidup.

Dia yang pernah berniaga buluh lemang pada tahun lalu akhirnya mengambil keputusan untuk melakukannya sekali lagi.

“Apabila PKP dikuatkuasakan, saya termenung sekejap. Kemudian saya terfikir saya pernah berniaga buluh lemang pada tahun lalu, saya terpanggil untuk melakukannya sekali lagi,”

Advertisement

Menurutnya, perniagaan buluh lemang yang diusahakan ternyata membuahkan hasil dan sepanjang Aidilfitri yang lepas, dia telah berjaya menjual kira-kira 8,000 batang buluh lemang.

Lan sama sekali tidak terkilan malah berbangga kerana dapat terus bertahan dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini.

Mengulas lanjut mengenai perusahaannya itu, Lan berkata, dia telah bekerjasama dengan masyarakat Orang Asli untuk mendapatkan bekalan buluh yang dijual dalam harga kira-kira RM1.50 hingga RM 2.00 sebatang.

Biarpun tidak mendapat untung yang banyak, Lan kini boleh menarik nafas lega kerana meskipun perayaan Syawal telah pun tamat, dia telah mula menerima tempahan untuk perayaan Aidiladha yang akan disambut pada hujung bulan ini.

Advertisement

Pelantun lagu Itik Gembo-Gembo  dan Darjat ini juga turut aktif menjual kuih-kuih tradisional, antaranya kuih Lidah Buaya.

“Sekarang sibuk jual kuih lidah buaya. Pada mulanya saya hanya rasa kuih tersebut yang dibuat oleh seorang wanita berpangkat makcik. Bila makan, rasa sedap pula. Jadi saya terfikir nak jual kuih tersebut,”

Kuih tradisional itu kini dijual Lan melalui platform media sosial Facebook dan semakin menerima banyak tempahan saban hari.

Mengakhiri perbualan, Lan mengakui Perintah Kawalan Pergerakan yang dilalui ketika ini telah memberi banyak hikmah terhadap dirinya dan keluarga. Jika sebelum ini ramai yang tidak nampak akan kepentingan peniaga yang berniaga dalam skala kecil, kini lebih ramai yang menghargai.

Advertisement

Lan yang sebelum ini sudah tiga tahun melibatkan diri dalam pengusahaan sewa barang audio dan sistem bunyi lebih gemar berusaha sendiri untuk mendapatkan rezeki dan tidak suka meminta-minta. Kini,dengan PKP yang telah dilonggarkan perlaksanaannya oleh kerajaan, Lan telah mula menyambung aktiviti penyewaannya dan sudah mula menerima tempahan daripada orang ramai.

“Kalau tidak sihat, terbaring, itu lain cerita. Selagi boleh berjalan dan usaha sendiri, saya buat apa yang boleh,”

Dia yang kini bahagia bersama isteri tercinta, Siti Nur Ain Daut telah dikurniakan dua anak iaitu Putera Muhammad Darwish dan Puteri Nur Darwisya.

Sumber : Berita Harian