Expired : 18.06.18

Langganan Apple TV+ Percuma Setahun Diberikan Dengan Pembelian iPhone, iPad, iPod, Mac Dan Apple TV

Di Malaysia pengguna cukup gemar dengan barangan percuma yang diberikan dengan setiap pembelian. Ia biasanya hadir dalam bentuk pelindung skrin, kerangka dan kad memori tambahan. Apple ialah syarikat yang cukup terkenal kerana tidak pernah menawarkan barangan percuma walaupun produk mereka dijual pada harga yang tinggi. Tetapi tahun ini perubahan drastik berlaku dan mereka menawarkan langganan perkhidmatan penstriman video Apple TV+ percuma dengan setiap pembelian beberapa produk terpilih.



Langganan percuma Apple TV+ selama setahun diberikan kepada pembeli kesemua model iPhone, iPad, iPod Touch, Mac dan Apple TV bermula hari ini. Ia perlu ditebus tiga bulan selepas pembelian dilakukan. Apple TV+ akan ditawarkan di Malaysia bermula 1 November ini dengan bayaran langganan RM19.90 sebulan. Penawaran ini ialah strategi Apple untuk menarik minat pengguna yang mungkin telahpun mempunyai beberapa langganan kepada perkhidmatan seperti Netflix dan iFlix misalnya. Dengan pelancaran Disney+ juga pada tahun ini, perang penstriman video akan menjadi semakin hangat.


Norlida Ishak Shop