Expired : 18.06.18

Lantunan surah al-Mulk tambat hati bapa saudara beri duit raya RM100 (VIDEO)

Kebolehan remaja bernama Fahri menghafal surah al-Mulk dipuji warga maya. — Foto ihsan Twitter/Qhouirunnisa
Kebolehan remaja bernama Fahri menghafal surah al-Mulk dipuji warga maya. — Foto ihsan Twitter/Qhouirunnisa

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Pemberian ‘duit raya’ setiap kali sambutan Aidilfitri sudah menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.

Pelbagai cara dan kreativiti digunakan sama ada ketika memberi atau menerima ‘duit raya’ sehingga kadangkala menimbulkan rasa geli hati.


Terbaru tular di media sosial video seorang remaja memperoleh ‘duit raya’ sebanyak RM100 selepas berjaya melantunkan surah al-Mulk di hadapan bapa saudaranya yang juga merupakan seorang ustaz.


Video yang dimuat naik Qhouirunnisa di laman sosial Twitter menunjukkan sepupunya dikenali sebagai Fahri membaca surah itu dengan penuh yakin beserta alunan ‘lagu’.


“Yang lain baca dengan cepat sebab mereka agak gementar tapi Fahri membaca al-Mulk siap berlagu, siap tarik lagi.


“Walaupun gementar, macho kena kawal. Ini baru lelaki,” katanya dalam Twitter.



My dad is giving out duit raya for my cousins BUT with one condition; they have to recite any surah. The others read SO FAST because they were nervous but Fahri confidently recite al mulk siap berlagu siap tarik lagi


Norlida Ishak Shop