Expired : 18.06.18

Lapan pelajar UTM Terima Anugerah Insentif J-Biotech

JOHOR BAHRU, 25 Nov. – Lapan pelajar cemerlang dari Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima Anugerah Insentif Bio Johor Bio Economy Academy Talent (BEAT) dari Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech).


Seorang daripada pelajar tersebut adalah daripada Program Sarjana dan selebihnya ialah Program Sarjana Muda dan kesemuanya adalah merupakan pelajar dari bidang yang berasaskan bio.


Senarai Nama Penerima Anugerah


Penerima Anugerah BEAT


Penyampaian tersebut diadakan sempena Symbiosis Health Awareness Day 2018 anjuran Kelab Simbiosis UTM dan disampaikan oleh Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor, Muhd Shamsuddinn Paijan.


Muhd Shamsuddinn dalam ucapannya berkata bahawa pemberian insentif ini adalah bertujuan melahirkan sumber modal insan negeri Johor yang kompetetif dalam bidang ini bagi melengkapkan Bioekonomi Negeri Johor.


“Insentif ini bertujuan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada siswazah kelahiran Johor dalam kursus berasas bio dan juga sebagai pemangkin kepada penerima dan juga pelajar lain dalam mengekalkan prestasi pengajian mereka.


Pemberian ini juga merupakan salah satu program di bawah Johor Bio Talent Development Centre bagi melahirkan modal insan yang kompetetif dalam bidang akademik bagi menjamin tenaga sumber manusia yang mampu berdaya saing dan berkualiti bagi menjadi faktor pemangkin bioekonomi negeri Johor,” katanya.


Insentif berbentuk pemberian wang tunai berjumlah RM4,000.00 ini bertujuan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada siswazah kelahiran Johor dalam kursus berasas bio dan juga sebagai pendorong kepada penerima bagi mengekalkan prestasi pengajian mereka yang cemerlang.


Program penyampaian bantuan BEAT ini telah berlangsung di Dewan Seminar Al- Dinawari, Blok T-02, Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan.


Antara kriteria yang perlu ada pada penerima insentif ini adalah mempunyai keputusan yang cemerlang, aktif dalam bidang kokurikulum dan merupakan anak kelahiran Johor atau yang telah bermastautin di Johor melebihi 5 tahun.


Seorang pelajar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) turut tersenarai dalam penerima BEAT.


Turut hadir ialah Naib Presiden, Bahagian Pemudahcara Pelaburan dan Projek Khas, Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor, Encik Ramlee bin Ahmad dan Ketua Occupational Safety & Health Work Environment, Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM, Prof Madya Ir Abdul Mutalib Leman.


Norlida Ishak Shop