Expired : 18.06.18

Laporan Terkini (28 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka


Oleh : Ibnu Janie


MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 28 Mei.


Menurut laporan itu TIADA kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam. Selain itu terdapat tiga kes sembuh baharu direkodkan semalam iaitu satu kes di Mukim Sungai Baru Ulu (Daerah Alor Gajah), satu kes bagi ketegori kes import (Daerah Alor Gajah) dan satu kes lagi di kategori import (Daerah Melaka Tengah).


Menurut laporan itu juga tiada kes kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam.




Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.


Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 7 orang

• Melaka Tengah : 1 orang

• Alor Gajah : 1 orang

• Jasin : 1 orang

• Kes import (Melaka Tengah) : 4


Kes baharu : TIADA

Kes sembuh (keseluruhan) : 204 orang

Sedang dirawat : 7 orang

Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang




Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-


MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)

Batu Berendam : 1

Kes import : 4 (1 kes sembuh)


Jumlah Mukim = 29

Mukim terjejas = 1

Mukim tidak terjejas = 28


ALOR GAJAH (Kategori Kuning)

Sungai Baru Ulu : 1 (1 kes sembuh)


Jumlah Mukim = 31

Mukim terjejas = 1

Mukim tidak terjejas = 30


JASIN (Kategori Kuning)

Jasin : 1


Jumlah Mukim = 21

Mukim terjejas = 1

Mukim tidak terjejas = 20





Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 28 Mei.


Menurut kenyataan akhbar KKM itu, 10 kes baharu telah dilaporkan semalam. Ini merupakan kadar terendah direkodkan semenjak PKP, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif seluruh negara adalah sebanyak 7629 kes.


Jelas kenyataan itu lagi, daripada 10 kes baharu yang dilaporkan semalam, kesemuanya adalah kes jangkitan tempatan. Daripada 10 kes tersebut, lima adalah melibatkan warga tempatan dan lima lagi warga asing.


Laporan yang sama juga menyatakan terdapat 86 kes sembuh baharu dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6169 bersamaan 80.9 peratus.



Dalam laporan itu menyatakan hanya tiga negeri sahaja yang merekodkan kes baharu semalam iaitu Kuala Lumpur tujuh kes, Selangor dua kes dan Pahang satu kes. Negeri-negeri lain tidak mencatatkan sebarang kes baharu.


STATISTIK COVID-19 MALAYSIA

Jumlah kes keseluruhan : 7629

Kes Baharu : 10

Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1345

Kes ICU : 8

Kes Sembuh Baharu : 86

Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 6169

Kematian Baharu : TIADA

Jumlah kematian : 115




Wartawan Rakyat Melaka (WARM)

The post Laporan Terkini (28 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).