Expired : 18.06.18

Laporan Terkini (31 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka


Oleh : Ibnu Janie


MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 31 Mei.


Menurut laporan itu terdapat satu kes baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam iaitu di Mukim Pulau Sebang, Daerah Alor Gajah. Ini merupakan kes pertama di mukim ini semenjak merebaknya wabak ini di Melaka. Dengan kes terbaru ini juga menjadikan Daerah Alor Gajah yang baru sahaja bertukar ke zon hijau kelmarin bertukar semula ke zon kuning semalam.


Selain itu, menurut laporan tersebut tiada kes sembuh dan kes kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam.




Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.


Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 4 orang

• Melaka Tengah : 2 orang

• Alor Gajah : 1 orang

• Jasin : Tiada

• Kes import (Melaka Tengah) : 1


Kes baharu : 1

Kes sembuh (keseluruhan) : 210 orang

Sedang dirawat : 4 orang

Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang




Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-


MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)

Alai : 1

Sungai Udang : 1

Kes import : 1


Jumlah Mukim = 29

Mukim terjejas = 2

Mukim tidak terjejas = 27


ALOR GAJAH (Kategori Kuning)

Pulau Sebang : 1 (kes pertama covid19)


Jumlah Mukim = 31

Mukim terjejas = 1

Mukim tidak terjejas = 30


JASIN (Kategori Hijau)

Tiada kes aktif direkodkan





Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 31 Mei.


Menurut kenyataan media KKM itu, 57 kes baharu telah dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif seluruh negara adalah sebanyak 7819 kes.



Menurut laporan itu lagi, daripada 57 kes baharu yang dilaporkan, sepuluh kes adalah kes import. Sementara baki 47 kes lagi adalah kes penularan tempatan. 43 kes dari penularan tempatan itu melibatkan kes bukan warganegara Malaysia. Hanya empat sahaja dari 47 kes itu melibatkan warganegara Malaysia.


Laporan yang sama juga menyatakan terdapat 23 kes sembuh baharu dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6353 bersamaan 81.3 peratus.



KKM juga melaporkan lima negeri mencatatkan kes baharu semalam iaitu Selangor 31 kes, Kuala Lumpur lapan kes, Pahang 15 kes dan Melaka satu kes. Negeri-negeri lain tidak merekodkan sebarang kes baharu.




STATISTIK COVID-19 MALAYSIA

Jumlah kes keseluruhan : 7819

Kes Baharu : 57

Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1351

Kes ICU : 9

Kes Sembuh Baharu : 23

Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 6353

Kematian Baharu : TIADA

Jumlah kematian : 115




Wartawan Rakyat Melaka (WARM)

The post Laporan Terkini (31 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).