Expired : 18.06.18

Larangan keluar malam belum sesuai dilaksana

Larangan keluar malam ke atas kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun masih belum sesuai untuk dilaksanakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata ia kerana faktor seperti ketiadaan ibu bapa di rumah yang mungkin melaksanakan lebih daripada satu pekerjaan bagi menyara hidup.


“Terdapat juga keperluan untuk kanak-kanak berada di luar rumah pada waktu malam seperti kelas tuisyen, aktiviti sukan dan agama di surau.


“Terdapat juga kanak-kanak yang bekerja bagi membantu menyara keluarga daripada segi sosio ekonomi seperti yang dibenarkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi kanak-kanak berumur 15 tahun ke atas kerana pendidikan sekunder kita juga belum diwajibkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan Datin Dr Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) yang ingin tahu keputusan kerajaan berhubung cadangan perintah berkurung kepada remaja di bawah umur 18 tahun seperti dibincangkan awal tahun ini.


Norlida Ishak Shop